Popular Posts

Saturday, 12 March 2011

Family Day @ Pantai Bagan Lalang

            Pada 5 Mac 2011, pihak KPLI-PERMATA yang dianggotai oleh Teacher Tengku Mazira, Teacher Wan Mariam dan Teacher Rohaiza bersama PAPN Dengkil telah mengadakan Hari Keluarga di Pantai Bagan Lalang. Aktiviti ini telah pun mendapat kerjasama yang baik daripada pihak ibubapa PAPN Dengkil.

            Seawal 7 pagi lagi para guru, ibubapa serta anak-anak berkumpul di PAPN. Mereka sangat teruja terutama anak-anak PERMATA yang nampak begitu bersemangat. 





Lihatlah kegembiraan dan keceriaan yang terpancar setiap kanak-kanak semasa berada di dalam bas.

                    Sebaik tiba di Pantai Bagan Lalang, para guru, ppm, ibubapa serta anak-anak bergambar kenang-kenangan sebelum sarapan pagi. 

Acara yang dinanti-nantikan bermula dengan sukaneka kanak-kanak. Mereka bermain dengan ceria dan bersungguh dan dimeriahkan lagi dengan sokongan yang diberi oleh para ibubapa. Keep it up! Inilah semangat yang kita mahu,







                Seterusnya, tibalah masanya acara sukaneka antara para pendidik, ppm dan ibubapa. Semangat dan gimik memeriahkan lagi acara ini. Cayalahh... semuanya hebat2 belaka dan yang penting happeninggggggggg!!!

Acara kemuncak adalah penyampaian hadiah. Tahniah buat sumer pemenang yer....
















                          Terima kasih kepada semua yang bersama-sama menjayakan program Hari Keluarga anjuran pendidik praktikal KPLI-Permata ini. Kerjasama adalah kunci kejayaan sesuatu program. Tahniah sekali lagi buat semua.








Thursday, 3 March 2011

Ubat...

Ubat... 

Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit

Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan; 

(1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, 
(2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor.

Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan.

Arahan dilabel ubat perlu dipatuhi dengan teliti dan selalunya kita ambil mudah kann??? Contohnya adalah seperti berikut:



AMBIL SEBELUM MAKAN


Ambil ubat satu jam sebelum makan dan TIDAK dua minit sebelum makan, atau dua jam selepas makan. Sesetengah ubat perlu diserap dengan cepat supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan. Sekiranya terdapat makanan di dalam perut, maka kesan penyerapan ubat akan berkurangan atau hilang. Namun jika anda terlupa mengambil ubat sebelum makan anda perlu ambil dua jam selepas makan ketika perut kosong.


AMBIL SELEPAS MAKAN


Ambil ubat lima hingga sepuluh minit selepas makan untuk mengelakkan kesan gastrik.


AMBIL BERSAMA AIR

Ambil ubat bersama segelas air kosong supaya memudahkan ubat sampai ke perut. Jangan mengambil bersama air manis seperti kopi, teh, dan lain-lain minuman kecuali dengan arahan doktor/ ahli farmasi.


JANGAN KUNYAH, TELAN UBAT SEPENUHNYA

Sesetengah ubat makan terdapat satu lapisan di atasnya, di mana lapisan ini akan hancur dan ubat dapat diserap sebaik sahaja sampai ke perut. Lapisan ini bertindak sebagai pelindung untuk mengelakkan kesan gastrik dan fungsi lain juga sebagai kawalan terhadap kadar serapan ubat di perut. Oleh itu jika dikunyah lapisan ini akan hancur dan penyerapan ubat yang berkesan tidak dapat dicapai.

AMBIL SELEPAS ATAU BERSAMA MAKANAN

Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan gastrik oleh itu ambil selepas atau bersama makanan.



AMBIL UBAT PADA MASA DITETAPKAN DAN SAMPAI

Sekiranya anda ambil antibiotik untuk jangkitan, pastikan anda habis makan ubat tersebut walaupun anda sudah berasa sihat. Ini kerana bakteria masih terdapat di tempat jangkitan dan sekiranya ubat gagal dihabiskan, bakteria tidak akan sepenuhnya mati dan jangkitan boleh berulang. Kesan lain sekiranya ubat tidak habis dimakan ialah ia boleh menyebabkan kesan rintangan. Ini bermaksud bakteria tersebut tidak dapat mati dengan antibiotik yang sama menyebakan antibiotik yang lain perlu digunakan.

BOLEH MENYEBABKAN MENGANTUK. (JIKA ADA KESANNYA, JANGAN MEMANDU KENDERAAN ATAU MENGENDALIKAN MESIN)

Sesetengah ubat boleh menyebabkan mengantuk. Minta nasihat ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan.



JANGAN AMBIL UBAT DALAM GELAP WALAUPUN ANDA PASTI DIMANA LETAKNYA

Perkara label seperti ini penting bagi mengelakkan pengguna ubat boleh tersilap dari menggunakan ubat yang sepatutnya digunakan selain mengelakkan berlaku penyalahan penggunaan dos ubat serta mengelakkan kemalangan ditempat gelap.

Bulan ni saje RM100 dibuang untuk beli ubat akibat tdk menjaga kesihatan. So, moral of the story... jagalah pemakanan, kualiti tidur yang baik dan sentiasa berfikiran positif serta ceria sentiasa.. OK???

Wednesday, 2 March 2011

Majlis Anugerah Sudut Terbaik...

Untuk makluman semua, PAPN Dengkil telah mengadakan projek menghias sudut PAPN sebagai aktiviti pada bulan Februari. Pertandingan ini telah dilaksanakan dengan jayanya bermula pada 8 sehingga 23 Februari 2011. Aktiviti ini telah mendapat sambutan dan kerjasama yang baik antara warga PAPN Dengkil khususnya kepada para ibubapa yang telah banyak meluangkan masa dan tenaga.




Komitmen yang tinggi, kerjasama serta keterujaan yang disertai dengan keihklasan dan keceriaan menghasilkan sesuatu yang amat menarik dan da boom! Lihat sahaja hasil kreatif ibubapa warga PAPN dengkil ni... Zasss...

Kumpulan B :
Keluarga Nur Iman Aleesya Bt Muhammad Syukri
Keluarga Aisy Aqasha

Kumpulan C : 
Keluarga Sharifah Hadijah Bt S. Faizal
Keluarga Qaseh Saffiya Bt Syaiful Azli

Kumpulan E : 
Keluarga Adam Zakwan
Keluarga Aqid Hussain B. Aidey Hisam

Kumpulan A : 
Keluarga Khairunna Nur Izzati Bt Khoirul Anuar
Keluarga Irfan Muktashim
Keluarga Sugenthirana A/L Subramaniam

Sistem pemarkahan menekankan beberapa aspek yang telah diterangkan dan menjadi asas penjurian.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada:

JOHAN BERKUMPULAN yang dimenangi oleh Kumpulan B 

NAIB JOHAN BERKUMPULAN yang dimenangi oleh Kumpulan C


Saturday, 26 February 2011

Risz... kem kesihatan Permata

Venue :                 Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas, UKM Bangi
Date   :                  February 25, 2011
Day     :                  Friday
Time   :                  8.30am - 1.00pm



Program ini dianjurkan oleh pelajar2 UKM jurusan dietetik yg telah melakukan kajian terhadap kanak-kanak PERMATA daripada PAPN Dengkil, PAPN Putrajaya dan juga PAPN Bagan Pinang. Matlamat tercapai dan mendapat sokongan daripada pihak ibubapa. Bagaimanapun penambahbaikan diharap dapat dipertingkatkan lagi dalam hal pengurusan sesuatu program serta bahan yang digunakan yang mungkin kurang sesuai. Bagaimanapun Tahniah! buat semua yang terlibat.









Barisan para pendidik dan pembantu pengurusan murid


Warga Pusat Anak PERMATA Negara Dengkil