Popular Posts

Saturday, 12 March 2011

Family Day @ Pantai Bagan Lalang

            Pada 5 Mac 2011, pihak KPLI-PERMATA yang dianggotai oleh Teacher Tengku Mazira, Teacher Wan Mariam dan Teacher Rohaiza bersama PAPN Dengkil telah mengadakan Hari Keluarga di Pantai Bagan Lalang. Aktiviti ini telah pun mendapat kerjasama yang baik daripada pihak ibubapa PAPN Dengkil.

            Seawal 7 pagi lagi para guru, ibubapa serta anak-anak berkumpul di PAPN. Mereka sangat teruja terutama anak-anak PERMATA yang nampak begitu bersemangat. 





Lihatlah kegembiraan dan keceriaan yang terpancar setiap kanak-kanak semasa berada di dalam bas.

                    Sebaik tiba di Pantai Bagan Lalang, para guru, ppm, ibubapa serta anak-anak bergambar kenang-kenangan sebelum sarapan pagi. 

Acara yang dinanti-nantikan bermula dengan sukaneka kanak-kanak. Mereka bermain dengan ceria dan bersungguh dan dimeriahkan lagi dengan sokongan yang diberi oleh para ibubapa. Keep it up! Inilah semangat yang kita mahu,







                Seterusnya, tibalah masanya acara sukaneka antara para pendidik, ppm dan ibubapa. Semangat dan gimik memeriahkan lagi acara ini. Cayalahh... semuanya hebat2 belaka dan yang penting happeninggggggggg!!!

Acara kemuncak adalah penyampaian hadiah. Tahniah buat sumer pemenang yer....
















                          Terima kasih kepada semua yang bersama-sama menjayakan program Hari Keluarga anjuran pendidik praktikal KPLI-Permata ini. Kerjasama adalah kunci kejayaan sesuatu program. Tahniah sekali lagi buat semua.








No comments:

Post a Comment