Popular Posts

Thursday, 3 March 2011

Ubat...

Ubat... 

Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit

Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan; 

(1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, 
(2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor.

Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan.

Arahan dilabel ubat perlu dipatuhi dengan teliti dan selalunya kita ambil mudah kann??? Contohnya adalah seperti berikut:



AMBIL SEBELUM MAKAN


Ambil ubat satu jam sebelum makan dan TIDAK dua minit sebelum makan, atau dua jam selepas makan. Sesetengah ubat perlu diserap dengan cepat supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan. Sekiranya terdapat makanan di dalam perut, maka kesan penyerapan ubat akan berkurangan atau hilang. Namun jika anda terlupa mengambil ubat sebelum makan anda perlu ambil dua jam selepas makan ketika perut kosong.


AMBIL SELEPAS MAKAN


Ambil ubat lima hingga sepuluh minit selepas makan untuk mengelakkan kesan gastrik.


AMBIL BERSAMA AIR

Ambil ubat bersama segelas air kosong supaya memudahkan ubat sampai ke perut. Jangan mengambil bersama air manis seperti kopi, teh, dan lain-lain minuman kecuali dengan arahan doktor/ ahli farmasi.


JANGAN KUNYAH, TELAN UBAT SEPENUHNYA

Sesetengah ubat makan terdapat satu lapisan di atasnya, di mana lapisan ini akan hancur dan ubat dapat diserap sebaik sahaja sampai ke perut. Lapisan ini bertindak sebagai pelindung untuk mengelakkan kesan gastrik dan fungsi lain juga sebagai kawalan terhadap kadar serapan ubat di perut. Oleh itu jika dikunyah lapisan ini akan hancur dan penyerapan ubat yang berkesan tidak dapat dicapai.

AMBIL SELEPAS ATAU BERSAMA MAKANAN

Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan gastrik oleh itu ambil selepas atau bersama makanan.



AMBIL UBAT PADA MASA DITETAPKAN DAN SAMPAI

Sekiranya anda ambil antibiotik untuk jangkitan, pastikan anda habis makan ubat tersebut walaupun anda sudah berasa sihat. Ini kerana bakteria masih terdapat di tempat jangkitan dan sekiranya ubat gagal dihabiskan, bakteria tidak akan sepenuhnya mati dan jangkitan boleh berulang. Kesan lain sekiranya ubat tidak habis dimakan ialah ia boleh menyebabkan kesan rintangan. Ini bermaksud bakteria tersebut tidak dapat mati dengan antibiotik yang sama menyebakan antibiotik yang lain perlu digunakan.

BOLEH MENYEBABKAN MENGANTUK. (JIKA ADA KESANNYA, JANGAN MEMANDU KENDERAAN ATAU MENGENDALIKAN MESIN)

Sesetengah ubat boleh menyebabkan mengantuk. Minta nasihat ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan.



JANGAN AMBIL UBAT DALAM GELAP WALAUPUN ANDA PASTI DIMANA LETAKNYA

Perkara label seperti ini penting bagi mengelakkan pengguna ubat boleh tersilap dari menggunakan ubat yang sepatutnya digunakan selain mengelakkan berlaku penyalahan penggunaan dos ubat serta mengelakkan kemalangan ditempat gelap.

Bulan ni saje RM100 dibuang untuk beli ubat akibat tdk menjaga kesihatan. So, moral of the story... jagalah pemakanan, kualiti tidur yang baik dan sentiasa berfikiran positif serta ceria sentiasa.. OK???

2 comments: